Sunday, October 2, 2022

PEMULA BAHAGIA, CINTA DAN RINDU

 

Hidup ini satu jaringan, 

langkah yang membawa persaingan, 

saat buntu mencari segala penutupnya, 

Tuhan lahirkan satu rencana, 

tatkala aku masih keliru, 

Cinta yang digabungkan dengan rasa kasih, 

istikharah membuka segala cerita, 

Percayalah terselit seribu rencana dalam setiap percaturan. 

itulah kehidupan. 


Terpalit segala perasaan, 

lahir segala tanggungjawab, 

mampu? 

jawapan ada dalam hati, 

tak perlu tanya siapa 

simpan untuk diri. 

kiri ka kanan? 

pilihan sendiri,


disebalik konklusi kehidupan yang dimamah usia, 

lahir rasa cinta, 

untuk penutup segala rasa, 

bukan lagi suka-suka 

bukan lagi cuba-cuba 

dialah cerminan kehidupan segala. 

pengakhiran? 

duduk terfikir kadang termenung, 

dibalik hayat atau sebalik bernafas, 

susunlah segala cerita 

Percaturan Tuhan tiada tolok bandingan. 

Alhamdulilah untuk semuanya. 


NAFAS BAHARU, Realiti bukan Fantasi


Jauh berlalu, 

Saat hati mula layu, 

lantas aku tersedar hati mula gusar, 

apakah ini rencana kehidupan, 

keperluan dalam penerusan, 

percaturan dalam kehidupan, 

buka la mata, lapanglah dada, sucikan jiwa,

tatkala kenangan semalam masih dalam ingatan. 

titisan air mata lalu, 

layu dihujung rindu, 

siapa lagi yang ada? 

selain diri sendiri yang terluka, 

peluklah hati, rawatlah jiwa, pejamkan mata. 

sesalan, kegusaran lalu tak mampu kembali

Yang hidup pasti mati, 

Penerusan generasi sebelum dijemput hakiki. 


Percayalah itu lah hakikat, 

yang telah diwacanakan. 

susunlah semula, 

meskipun hancur diratah realiti. 

Aku hidup bukan untuk dipuji, 

tapi untuk mencari realiti, 

lapangan segala mimpi ngeri 

selesai segala perbalahan dunia, 

tenang untuk semua. 



Wednesday, May 26, 2021

LANGKAH BARU

Debu keliling penuh syahdu, 

Sudah lama tidak digilap, 

Apatah lagi untuk diungkap, 

Segalanya memunggah penuh hadap, 

Apa yang berlaku? 

Hari, waktu dan suasana, 

Semuanya berbeza, 

Dimakan usia, diusik perkara 

Tanggungjawab untuk semua benda

Apakah dusta cinta atau sebaliknya, 

Langkah kaki pemula segala, 

Emosi diungkap penghapus derita, 

Merungkai berjuta wajah selindung boneka. 

Realiti dan lakonan jauh bezanya 

Patah tumbuh hilang berganti, 

Alhamdulilah atas segala rezeki, 

Terima hakikat disebalik gembira, 

Berat tanggungan perlu hang bawa, 

Realiti cerita rezeki pemula, 

Usul berkat perlu bawa bersama, 

Natijah ceria penyambung nyawa. 



Friday, September 11, 2020

BARAKAH IBU

dikandung 9 bulan, 
disambut laungan azan, 
pilihan nama diberi, 
dukungan, 
tarungan nyawa, 
nilai yang tiada harga, 
tiada ternilai, 
dibawa ke hujung nyawa, 

apa itu semua, 
siapa dia? 
wanita terulung,
disanjung, 
aku dan dia,
teman setia,
disebalik kemurungan, 
kekecewaan,
jatuhnya aku ditelan masalah,
memakan hati dan emosi, 
hanya satu tempat kepercayaan, 
tertindas dek ketaksuban dunia, 
penghujung yang pelbagai, 
tiada kesudahan, 
realiti yang perlu diterima, 
hanya dia segalanya, 
Selain menadah sepuluh jari kelangit
Tuhan disisi.

dua tahun berlalu, 
isteri yang kehilangan suami, 
tetap tabah dan utuh, 
senyuman masih terukir, 
walau segunung masalah menimpa, 
seolah olah kosong, 
tenang dilihat, 
tiada apa yang diharapkan 
hanya dorongan, 
lindungan dari anak. 
meniti waktu,

maafkan anakmu, 
andai terguris segala rasa, 
kadang terkilan, 
kegagalan emosi,
demi kebahgiaan bersama. 
keutamaan diberikan 
atas segala pengajaran, 
keputusan dibalik semua kehidupan, 
tanngisan maaf ditulis, 
hanyalah sebagai luahan, 
kelak menjadi satu memori,
segala kenangan.

"anak mak" 
mungkin dianggap manja.
hakikatnya tanggungjawab
untuk menghargai
untuk satu nilai syukur,
bagi sejuta yatim,
terbiar dan mengharap
terkurung dengan emosi,
hari demi hari seorang diri, 

usiamu meningkat, 
mengharap disetiap sujud akhir,
dipanjangkan masa, 
tanggung segala persoalan, 
selagi hayat bersama. 
ramai yang mencari, 
apa itu bahagia? 
apa itu tenang?
kuncinya tersirat, 
disebalik semua cerita. 
bahagia ibu, 
itulah bahagia aku, 
senyuman ibu, 
itulah senyuman aku, 
kejayaan disebalik semua kesukaran 
adalah jawapan, 
atas segala doa darinya. 

penulisan yang masih diteruskan, 
dikongsikan untuk semua, 
betapa bangga seorang hamba, 
yang masih punyai ibu, 
gigih dan kuat, 
hadapi pelbagai dugaan, 
walau apa yang berlaku, 
aku masih bersamamu, 
izinkan aku luahkn, 
walau hanya satu penulisan, 
disebalik segala keputusan, 
dialah menjadi dorongan, 
sebesar zarah, 
sehingga di puncak, 
dan masih berusaha, 
untukmu, 
walaupun tanpa ayah disisi, 
pimpinlah aku
doakan lah aku, 
meneruskan jalan hakiki, 
menuju abadi. 

bersambung...................................................

Monday, November 4, 2019

KESEMPATAN ATAS KESENANGAN

saat nafas terbuka,
mula kelahiran janin, roh.
diserap masuk ke tubuh,
wujudnya hati yang perlu dijaga.
tanggungjawab siapa?
untuk siapa?
percayalah, anugerah semuanya,
Tuhan kurniakan untuk diri hargai setiap benda,
harungi ragam dan karenah,
extremis, prejudis, alam yang sementara,
penindasan dan penghapusan nilai murni,
genggaman perasaan hingga lupakan semua.
ya manusia yang lupa kewujudan pahala dan dosa,
kebaikan dan keburukan,
apakah kebaikan yang diberi akan dibalas dengan kebaikan,
apakah hang masih berpegang pada agama?
yang asasnya memupuk nilai membantu dan mengasihani.
masa semakin suntuk,
seolah-olah hang taw bila waktu kematian,
nikmat yang menjadi rebutan,
dunia yang menjadi khayalan,
hingga memijak dan merebut segala kerakusan.
untuk siapa?
kemana?
bukankah semua itu akan ditinggalkan.
pada generasi mendatang.
mungkin hang lupa,
sifat yang dibawa akan diwarisi bersama,
disebalik gagal segala didikan,
komplikasi kesibukan dunia,
generasi yang gagal,
akal yang ditinggalkan,
dibawa bersama teknologi pemalas,
hancur, musnah, dan runtuh.
jiwa memberontak,
penerusan yang merangkak,
memcari pemulaan,
mula dari pembawahan,
apakah hang mampu?
harungi semua,
setelah lebih dari suku abad hidup selesa?
diberi mewah, megah dengan pangkat dan harta,
yang bukan lg milik hang.
pejamlah mata,
pujuklah hati,
tahanlah emosi,
Tuhanku peluklah hati,
supaya pembawakan amar makruf nahi mungkar,
terus bersama,
dan mampu memberi penerusan,
generasi yang berkualiti,
supaya cerah mata, cerah hati.
tidak akan tergelap mata dengan nikmat dunia.
menghapuskan segala dusta.
pupuklah hati,
pejam sedalam dalamnya,
andai tidur itu pemusnah tekanan jiwa.
agar hang dapat rasa nikmat mimpi
dan kembali pada realiti.
dunia, semesta yang rosak kerana penghuni,
hilang akal dan kewarasan.

Saturday, September 28, 2019

TEKANAN, KEMURUNGAN, IMAN YANG LEMAH?

Penceritaan hidup yang selalunya indah
novelis, penulis senyumnya belaka, 
untuk tontonan umum, pembacaan berkala, 
namun hang kena terima, wujudnya baik dan buruk,
jatuh dan bangun, 
yang memerlukan perhatian masyarakat, 
kestabilan emosi, 
ibarat bara yang terpendam,
tembus sebatang kayu yang tebal, 
tanah yang menimbun, 
terpancar segala cahaya. 
mungkin segalanya terlindung, 
disebalik awan mendung, 
bunyi ketawa yang menggunung, 
senyuman agung. 
sebaliknya hati sering menjerit
jiwa yang membeban,
rindu yang tiada kesudahan,
tanggungjawab atau beban, 
maafkan aku dunia, 
biarkan kalian gembira,
aku hanya berkongsi semata, 
untuk mengelak hati yang merana,
kejamnya dunia, 
tertusuk segala kiasan, 
tutup segala kesimpulan. 

Saturday, July 20, 2019

HARTA, PANGKAT DAN WANG

hidup selalu berkehendak tinggi
dunia dikejar, akhirat terbiar
bukalah mata,
Fikirkan semua,
Hang rasa semuanya akan kekal?
Cukuplah sekadar bekalan
Untuk apa yang diimpikan
Wang, kuasa dan dunia
Solusi bagi mereka yang tamak
Kononnya refleksi yang sibuk,
Bertopengkan kejujuran,
Berkat? Hidup seterusnya bagaimana?
Segala hasil dan nilai,
Penerusan generasi yang gagal,
Kemudian hang tanya,
kenapa dan kenapa,
Disamping kelalaian generasi
pembawakan teknologi,
membawa kepada tingginya kemalasan diri
berkemahuan semua,
Nikmat syukur yang kian pudar,
Memberontak,
tertutup segala kebaikan
Terbuka segala yang tersembunyi
Kuasa? Pangkat?
Ya itu yang hang mahukan,
sedarlah wahai sekalian,
masanya kian hampir,
Nilai dan sifat kemanusiaan yang tenggelam,
Mungkin ini semua bukti,
timbunan sampah disangka permata,
hang terus buta dengan dunia,
Seronok, lalai, alpa,
terus buang segala-gala kebaikan,
rakus dengan hiburan,
Tapi apa mampu hang buat?
Pendam, niatkan dengan ikhlas,
Moga ada kesudahan.

DENDAM, PENDAM ATAU RAGAM

puncak kehendak taluki segala
nikmat dunia hang takluk semua,
siapa kita nak tentukan perjalanan segala,
tak mudah urus masalah,
tak susah nak selesai semua,
hang kena cuba,
seribu, sejuta kerakusan semua,
kesempurnaan yang dicari,
telus jujur dan amanah,
hang rasa mampu?
cipta dunia yang jujur?
tatkala nakhoda bocor tenggelam,
ditimbuni nilai menggelapkan mata,
meracuni segala,
konflik, isu, ragam,
semua semakin hitam,
mula bersama putih suci,
hilang pedoman segala,
gelap dan terus gelap,
hati memberontak, wujud dendam,
anggaplah diri ni sorang yang biasa
maafkan andai ada terluka,
jiwa terlalu membara,
semuanya dilakukan tanpa bersapa
persoalan selalu tertanya,
apakah aku mampu,
kawal semua?
teruskan mencari
teroka dan takluk,
nilai sebenar dan tujuan kehidupan,
asal usul sebuah kejadian.
cukuplah satu cerita,
bukan untuk melafazkan kata,
cuma cerminan bersama,
jeritan dari dalaman,
perjalanan yang hitam,
kesusahan yang menyapa,
keselesaan yang menghilang,
sekali lagi ungkapan,
mana ketenangan?
pegang pada satu,
sekali lafaz terhembus,
seribu terluka,
jiwa memberontak,
pendam dan meneruskan setiap masa
pedih dipelusuk jiwa,
kelembutan yang kian hilang
seribu kali sayang,
hari-hari kita yang berbeza,
lafazkan lah rasa syukur,
supaya nanti tak jatuh tersungkur.
pulanglah wahai diri,
jasad pasti akan kembali,
semoga terus berjuang melawan nafsu,
kuatkan jiwa,
lari lah selajunya,
sembunyikan segala,
agar tiada yang tersakit,
tiada hati yang terbelit,
torehlah kehidupan,
supaya kelak hang bersedia,
dengan berjuta dan tidak terbilangnya dugaan,
apatah lagi melawan setan,
sebelum dijemput Tuhan.

Tuesday, May 14, 2019

NYATA BUKAN KHAYALAN

Prestasi bawa musabab kebaikan diri
Musuh perlu ditembusi
Amarah taluki hakiki
Pentas dunia mana dicari
Mungkin hari ni hang suka
Bahawasanya hidup indah selamanya
Hakikatnya perlu bersedia
Apa yang akan ditarik semula
Pernah rasa hidup kosong?
Bagai lirong tiada penghujung
Pernah rasa dibalik manusia bergembira
Malam raya, pagi raya,
Diri menghadap kipas, lampu,
Jururawat mundar mandir
Menunggu dan terus berdoa
Harap bahagia kembali lagi
Semuanya bagai mimpi,
Tak pernah terlintas akan terjadi
Ya, hang lalai, lupa semua benda
Dan hari ni, jiwa memberontak,
Mendayung dan berkayak,
Melontar segala rahsia,
Bakar segala bara,
Apa berlaku, akan berlaku,
Satu pencarian
Hidup untk bahagia, mustahil smua,
Derita tak sudah, pasti ada cahayanya,
Hanya satu pencarian....TENANG

Tuesday, April 23, 2019

KAYANGAN DALAM BAYANGAN

terlukis segala rasa,
guris dalam jiwa,
untuk miliki lebihi apa yang tak terjangka
mencari dan terus mencari,
selami dan kenali
apa yang perlu lagi,
Cukuplah Tuhan sentiasa ada,
walaupon istiqomah belum penoh bersedia,
Hari ini permulaan yang nyata,
Bermula aku keluar dari situasi yang berbeza,
Bermula mendaki liku-liku hidup,
Ranjau bisa noda manusia,

Aku mula sedar,
Pentingnya masa dalam kehidupan,
Pentingnya hidup dalam rasionalis kehidupan,
Masa akan berlalu dan terus berlalu,
Yang pergi terus pergi,
Rindu tersemat dihati,
Membawa kesepian yang bersemi,
Membawa hati yang tiada penghujung,
Hilang satu tempat bergantung,
Kesabaran yang perlu dipupuk,
Hati yang perlu diasuh,
Jiwa perlu dibuka,
Untuk segala pemula,
Semaian hati bersama,
Keluar dari zon selesa,
Keluar dari noktah jitu,
Pemikiran yang sentiasa perlu berfungsi
Mencari kedamaian yang abadi

Saturday, February 23, 2019

KECEWA

maju, kukuh, utuh dan angkuh
Kaut usung semua,
Apa yang dihadapkan,
Dipelusuk satu dunia,
Cari setiap angkara,
Takhta hang impikan semua,
Boleh memimpin?
Buka minda,
Angkuhan ilmuan apa?
Mencari dan terus mendalami,
Lusuhnya iman secara realiti
Sombong itu sifat dikeji,
Apakah hang sedar,
Itulah imbuhan yang patut dibuang
Refleksi, cerminan kesempurnaan semua
Tak berguna kalau hati terbuka,
Mencerca, menghina, lalai, leka dan alpa,
Apakah itu yang hang sangka,
Mampu mengubah segala coretan hati
Impian hang tawan semua benda,
Dengan keperibadian angkuh,
Itu adalah sehina hina sikap,
Pergunakan semua untuk satu nama,
Ekstrimis, kejam!!!!!
Pernah hang rasa?
Ditambah sejuta kedengkian,
Kepelbagaian, Keayuan,
Tambahan masyarakat,
Luarnya suci,
Dalamnya dengki,
Apakah itu satu kejayaan,
Rimbunan usaha, lelah, jatuh
Percayalah,
Prinsip hang itu lelah
Sampai masa jatuh rebah,
Tak perlu tunjuk gagah
Untuk hidup secara megah.

PEMULA BAHAGIA, CINTA DAN RINDU

  Hidup ini satu jaringan,  langkah yang membawa persaingan,  saat buntu mencari segala penutupnya,  Tuhan lahirkan satu rencana,  tatkala a...