disambut laungan azan,
pilihan nama diberi,
dukungan,
tarungan nyawa,
nilai yang tiada harga,
tiada ternilai,
dibawa ke hujung nyawa,
apa itu semua,
siapa dia?
wanita terulung,
disanjung,
aku dan dia,
teman setia,
disebalik kemurungan,
kekecewaan,
jatuhnya aku ditelan masalah,
memakan hati dan emosi,
hanya satu tempat kepercayaan,
tertindas dek ketaksuban dunia,
penghujung yang pelbagai,
tiada kesudahan,
realiti yang perlu diterima,
hanya dia segalanya,
Selain menadah sepuluh jari kelangit
Tuhan disisi.
dua tahun berlalu,
isteri yang kehilangan suami,
tetap tabah dan utuh,
senyuman masih terukir,
walau segunung masalah menimpa,
seolah olah kosong,
tenang dilihat,
tiada apa yang diharapkan
hanya dorongan,
lindungan dari anak.
meniti waktu,
maafkan anakmu,
andai terguris segala rasa,
kadang terkilan,
kegagalan emosi,
demi kebahgiaan bersama.
keutamaan diberikan
atas segala pengajaran,
keputusan dibalik semua kehidupan,
tanngisan maaf ditulis,
hanyalah sebagai luahan,
kelak menjadi satu memori,
segala kenangan.
"anak mak"
mungkin dianggap manja.
hakikatnya tanggungjawab
untuk menghargai
untuk satu nilai syukur,
bagi sejuta yatim,
terbiar dan mengharap
terkurung dengan emosi,
hari demi hari seorang diri,
usiamu meningkat,
mengharap disetiap sujud akhir,
dipanjangkan masa,
tanggung segala persoalan,
selagi hayat bersama.
ramai yang mencari,
apa itu bahagia?
apa itu tenang?
kuncinya tersirat,
disebalik semua cerita.
bahagia ibu,
itulah bahagia aku,
senyuman ibu,
itulah senyuman aku,
kejayaan disebalik semua kesukaran
adalah jawapan,
atas segala doa darinya.
penulisan yang masih diteruskan,
dikongsikan untuk semua,
betapa bangga seorang hamba,
yang masih punyai ibu,
gigih dan kuat,
hadapi pelbagai dugaan,
walau apa yang berlaku,
aku masih bersamamu,
izinkan aku luahkn,
walau hanya satu penulisan,
disebalik segala keputusan,
dialah menjadi dorongan,
sebesar zarah,
sehingga di puncak,
dan masih berusaha,
untukmu,
walaupun tanpa ayah disisi,
pimpinlah aku
doakan lah aku,
meneruskan jalan hakiki,
menuju abadi.
bersambung...................................................