Sunday, February 17, 2019

DALAM KENANGAN (ABAH)

26 OGOS 2018 ----------------segar dalam ingatan


16 Julai 2018- aku pulang ke Subang seperti biasa, hati dirumah minda di sana, apa yang difikirkan hanyalah satu KESEMBUHAN dan kembali seperti sedia kala. Pandangan abah yang begitu luar biasa, suara abah yang berat untuk diluahkan. Maaflah abah, bang cik kena balik juga.

23 Julai 2018- aku kembali ke kampung halaman. Keadaan abah seperti biasa namun agak sakit dipandang, aku jauh, aku sibuk, perkataan yang patut aku buang semuanya. Berat mata aku tengok smuanya, luluh hati aku dirasanya, mata tahan sebak, terusik dengan pandangannya. Tangan disambut dengan salam dipujuk dan terus dipujuk untuk terus ke HOSPITAL dan seperti biasa abah masih kekal dengan pendirian nak ubat cara sendiri. Akhirnya aku berjaya, berjaya apa? Berjaya untuk bawa abah ke hospital, gembira dicampur risau, yang mungkin juga dipandang remeh. Makanya bermula dengan tarikh ini abah mula dimasukkan ke hospital. Mungkin smua pandang hospital itu penyembuhan, tapi bagi aku ia dah jadi titik hitam dalam keluarga. Abah dimasukkan dalam wad HDA( High Dependency Area) bersama oxygen mask dipakai.

24 Julai 2018- 1.00 pagi panggilan telefon diterima, ABAH suruh temankan dia oksigen berkurang secara tiba-tiba katanya. Namun segalanya dianggap tiada apa.Hakikatnya itulah sebenarnya.  Hospital hanya bantu dengan penambahan alatan sokongan oksigen. Tiba waktu melawat, aku terus menerpa pintu, membawa harapan baru, Abah akan sembuh, tapi aku, keluarga jadi hiba keadaan tidak seperti diharapkan.

25 Julai 2018- keesokan harinya oksigen berkurang lagi, oksigen ditambah lagi, entah apa jenis sokongan diberi lagi, keadaan apa lagi yang ditunggu, aku cuma harapkan kesembuhan disebalik semua pedihnya mata dipandang, sakit, pedih, mata melihat ayah kandung sendiri menahan segala yang ditempuh. Mungkin itu biasa, tapi terimalah itu yang nyata.

26 Julai 2018 - diskusi dalam perbincangan, kadang aku x faham apa yang perlu dihadam, apa yang perlu dipendam, apa yang aku harapakan hanyalah sembuh dan kembali senyum seperti sediakala, hati bergolak, keadaan masih sama, kehidupan smuanya perlu diteruskan, aku tutup segalanya seminggu, elak diganggu cuma fokus pada yang satu, biarkan apa yang akan terjadi, aku tahu mungkin smua masa tak akan kembali seperti mana yang diharapkan. Proses dan beberapa perancangan diberitahu, apakah hanya percubaan atau sebaliknya. Asalnya dari punca lain dan hari demi hari lain pula yang jadinya.

27 Julai 2018 - tak dirancang semuanya akan berlaku, oksigen turun lagi 70 peratus, menyebabkan penambahan sokongan oksigen untuk Abah, aku menerpa pintu hospital, melihat abah dah tidak sedarkan diri, tangan aku kucupi, hati berdoa lagi, dan menunggu apa lagi yang terjadi, istilah yang mungkin berat terucap, mungkin itu lah aku anggap, tangan diikat kedua belah, mulut disalurkan masuk tiup mulut yang berdarah, sakit pedih gundah, tangan digenggam, hati geram, apa yang cuba dibuat sebenarnya, merah padam muka. hari ni aku tak mampu cakap apa, abah terlunjur kaku, tidur dalam bius, aku tunggu, saat bila bangunnya tidur, minit, jam hari, pesakit sebelah mula tunjukkan muka, pelawat hanya menyapa, dari sedih pada gembira, yang tersayang kembali berkata, AKU..hanya mampu melihat keadaan yang sama dan menghadap penerangan yang berbeza di tempat yang sama.

28 Julai 2018 - ubat ditutup, abah mula buka mata, sambil geleng kepalanya, itu yang aku terima semuanya nyata, saat terakhir aku tengok abah separa sedar, otak pening, kepala letih, "abah cepatlah bangun kita balik" bisik dalam hati. sekali lagi tangan aku sambut, mohon ampun dan maaf, semua salah dan silap. Siapa sangka itu kali terakhir abah keadaan seperti biasa, semuanya kembali kerumah dengan keadaan normal disangka akan kembali seperti biasa.

29 Julai 2018 - hening malam tersedar dengan panggilan Tuhan. 3.00 pagi aku terjaga, diri rasa dahaga, sambil buka handphone lihat segala, hati jadi tak sedap, mulut menguap, ditutup dengan tangan, mendongak ke siling,3.15 pagi secara tiba panggilan telepon diterima, JANTUNG BERHENTI secara tiba! aku terkejut dan istighfar panjang, air mata mengalir, risau, lantas bangun merebut sweater terdekat, mak bangun dan tnya mengapa, hanya PENAT aku lihat dia, dada bergetar, mak kelihatan makin risau, adik ikut bersama, ditemani hujan lebat, ribut dan banjir, siapa sangka diduga dengan situasi berbeza, itulah malam yang aku ingat, segalanya menjadi gawat, itulah hakikat. pedal minyak ditekan tanpa aku sedar ia hampir capai pada penghujung,  jalan semua ditutup, banjir melepasi paras bahaya, aku menyapa dan terdiam kenapa hari ni berlaku semua.  lawan arus, ia telah sampai di penghujungnya, aku redah air yang melepasi paras lutut di hospital, menerpa ke arah abah, dipenuhi wayar-wayar dan mesin CPR. mak kelihatan risau, adik hnya diam, abang bersama isteri aku hnya mampu berdiri, termenung, menanti apa lagi perubahan selepas ni. Jantung berhenti selama 10 minit, CPR dilakukan selama 17 minit untuk hidupkan kembali jantung abah. Ya Alhamdulilah berjaya, tapi boleh sembuh seperti sediakala? hmm

30 Julai 2018 - rawatan diberi seperti biasa, proses dan perancangan dirancang bagi meneruskan rawatan, punca utama ditolak, hanya fokus kepada nyawa sahaja, Allah. segalanya seolah-olah bagai tiada apa yang berlaku, hakikatnya pelbagai perkara disembunyikan. kesan daripada kejadian semalam, buatkan Aku buka mata realiti pengurusan seseorang pesakit, terdapat kecederaan pada otak dan saraf abah buatkan badan lumpuh sepenuhnya, hanya mata mampu buka, tanpa sebarang kata, aku anak, apa lagi yang mampu dikata, mungkin ini semua dugaan, ada kegembiraan menanti semua. Abah perlukan penjagaan rapi, makan minum, mandi, "suction" (sedut kahak). Aku kembali ke KL seperti biasa seminggu dua kali ulang alik, kak ipar dan abang bersilih ganti menjaga, mak dan adik meneruskan rutin harian.

11 Ogos 2018 - itulah hakikat, kejamnya manusia, abah dipindahkan ke wad biasa, tiada penjagaan rapi hanya menanti, harapkan keluarga disisi, hari demi hari segalanya terbiar, serabut, aku lupa semuanya, kosong, menanti hari bahagia sebaliknya hanya berduka, konflik dalam diskusi, perbincangan yang menjatuhakan, realiti hidup manusia, hang boleh mencipta, hang boleh mencuba, tapi percayalah Tuhan ada, muka-muka yang aku tak pernah lupa, hakikat hidup dalam gembira, nescaya ada jawapannya. Aidiladha kami juga disambut keluarga dihospital, kami sarungkan baju melayu biru, sedondon kami sekeluarga termasuk abah. Walaupon raya x seberapa, mata kuyup hati sayu, begitulah bernilainya masa bersama keluarga. 

25 Ogos 2018 - 4 petang keadaan abah masih biasa, namun secara tiba degupan jantung naik meningkat, suhu juga turut menuruti, degupan melonjak sehingga 160-170, hati makin tak tenteram berat nak balik. Aku batalkan niat aku untuk balik ke KL, Dr secara berterusan mundar mandir, nurse turut bersama, aku hnya melihat semua kejadian, Aku tunggu dan terus tunggu, badan semakin panas,"heartbeat" makin tinggi, masa berjalan hingga ke 6 petang disambung ke maghrib, ditemani pelawat, adik-beradik yang melawat. Mak pulang ke motel, aku temankan abah hingga ke 1.30 pagi, keadaan masih tak stabil, aku diarah tunggu diluar dan kembali keesokan harinya membawa harapan abah akan kembali seperti sediakala, namun semuanya hanya mimpi, kosong yang takkan dapt diisi, abah menanti saat bertemu Ilahi.

26 Ogos 2018  - Selamat Ulang tahun Perkahwinan Abah, Mak. Pagi Disambut dengan syahdu, dikelilingi dengan jururawat, sibuk mundar mandir, pengurusan puluhan pesakit diwad biasa, waktu mencemburui, masa yang aku tak dinanti, Degupan Jantung masih belum kembali normal, semuanya gagal dikawal, susu gagal dihadam, darah disedut 190ml dari perut, punca asal sudah sampai ke tahap 4. Bacaan darah semakin rendah "Dos" ubat telah dihentikan hingga tak dapat dibaca. 4.30 petang degupan masih belum stabil, darah semakin menurun, tirai wad ditutup untuk ahli keluarga sahaja, Dr beri huraian seolah-olah menjadi Tuhan dunia, menanti sangka kala, mampu beri sakaratul maut bermulanya mulut tak henti mengucap, katil wad dipanjat, dikelilingi mak dan adik, kemudian abang dan kak ipar. Alhamdulilah sempat solat asar bersama, hingga sampai ke puncak 180 "heartbeat" segalanya berakhir, nadi kian menurun, 5.40 ptg abah dah menghembuskan nafas terakhir, setelah beberapa lama bertarung nyawa melawan kesakitan.  

Hilangnya satu sokongan, dorongan, pelindungan,
Hilangnya satu kebaktian, 
Hilangnya satu warga pendidik,  
Itu adalah jawapan disebalik semua kehidupan, 
Hakikatnya itulah yang perlu aku terima, bersedia, 
RINDU tak terkata.
Melebihi suku abad bersama 
Insha Allah kita bertemu di syurga 






No comments:

Post a Comment

PEMULA BAHAGIA, CINTA DAN RINDU

  Hidup ini satu jaringan,  langkah yang membawa persaingan,  saat buntu mencari segala penutupnya,  Tuhan lahirkan satu rencana,  tatkala a...